Friday, December 6, 2013

Pengalaman Belajar Matematik - SRP !

Assalammualaikum

Sebagai permulaan aku ingin mencatatkan pengalaman ku semasa belajar di peringkat SRP.

Seingat aku ketika itu aku lemah matematik...diperingkat belajar Mat di tingkatan satu..Nasib baik masa tu ada kesedaran nak berjaya,..masa tu aku teringat satu perkara - nak lulus SRP , mesti lulus juga Matematik !

Pada ketika itu matapelajaran matematik di panggil "Ilmu Hisab ".

Mengenangkan takut gagal - apa yang teringat aku buat ialah

1. Boleh katakan tiap hari buat Matematik
2. Buat latihan matematik dari soalan yang senang-senang dulu...
3. Agak mahir atau boleh menjawab yang senang-senang , baru aku mulakan soalan yang agak susah atau yang ambil masa untuk selesaikan.
4. Apabila tidak betul jawapannya , aku coba sekali lagi.Tak dapat juga - buat soalan lain.Kenapa begini ? Untuk elakkan kecewa selalu.. Bila jawap betul dengan soalan yang senang..akan menimbulkan keseronokan dan keyakinan menjawab.

Pada ketika itu tiada Tiusyen , tinggal di kampong ..paham-paham ajelah ..sekitar tahun 1970 ....Tak de tempat untuk bertanya kecualilah di sekolah !. Belajar masa tu pakai lampu minyak tanah..seorang ..seorang belajar.

Alhamdulilah , akhirnya dalam peperiksaan SRP tu Matematik lulus dengan memuaskan.Ini bukan nak menunjuk-nunjuk , sekadar kisah benar buat "motivasi" anak-anak kita yang tentunya disayangi...

Semoga cara aku belajar masa dulu-dulu tu - boleh buat panduan !

Semoga bersambung lagi.Oh ye ...ada U Tube bagus berkenaan belajar Matematik.Selamat Menonton !



Selamat Malam.

Wassalam

Mohamed

No comments:

Post a Comment