Thursday, December 5, 2013

Pendahuluan

Assalammualaikum

Terima kasih kerana sudi melayari blog ini.

Terfikir aku untuk membuat satu blog berkenaan Matematik , ianya terpanggil untuk membuatnya setelah mencoba membuat beberapa soalan Matematik walaupun telah lama tidak membuatnya ....

Lagi pun sekarang kita tahu banyak kemudahan - maklumat bantuan dari Internet ...lagi pun baru jadi Ahli Perpustakaan Kuala Terengganu...boleh pinjam 4 buku sebulan .Terima Kasih !

Sambil-sambil tu buat ulangkaji manalah tau boleh buat tiusyen nanti ...contohnya masa pencen ke...

Harap-harap ada idea atau info yang berfaedah buat ' anak-anak' kita.Matlamatnya adalah untuk anak-anak kita yang masih di bangku sekolah yang memerlukan bimbingan dari kita...

Bukanlah bermakna aku pakar cuma ada ' keyakinan buat ' .Itu aje.kalau ada kesilapan atau idea dari anda - harap beritahulah.

Sebagai permulaan pemerhatian ku adalah - melihat sukatan pelajaran Matematik Sekolah Rendah.

Kenapa gitu ? Dalam apa pun  ' asas ' kena mahir atau betul-betul dikuasi oleh anak-anak kita.Bayangkan kalau matapelajaran asas seperti + , - , x dan bahagi tak tau...macam manalah nak paham bab-bab berikutnya di tingkatan 1 , 2 dan 3.

Secara ringkas idea ku sekadar - " Menguruskan pelbagai maklumat Matematik dari pelbagai sumber untuk anak-anak kita yang disayangi".  

Sekian untuk kali ini semoga bersambung

Wassalam

Mohamed

No comments:

Post a Comment