Saturday, December 14, 2013

Test - Untuk Orang Dewasa !

Assalammualaikum

Semoga semua sihat...

Untuk bimbingan Matematik peringkat kanak-kanak (UPSR) , stop sekejap ye...

Sesekali tu apa salahnya ayah-ayah ...atau mereka yang dah kerja test ingatan kita dalam pelbagi topik..

Kalau masa belajar dulu , stress jugakkan sebab kena lulus..tapi sekarang sekadar suka-suka atau boleh juga untuk tahu lebih mendalam , manalah tau ada kaitan dengan kerja.

Untuk test macam ni , sila layari web ni - ada pelbagai topik


Saya percaya yang buat soalan ni , pakar-pakar dalam pelbagai bidang - web ni dari India ! Patutlah India dah lancarkan roket ke angkasa ya macam Videonya seperti di bawah ni




Sekian - bersambung

Mohamed




Friday, December 13, 2013

Pemainan Matematik !

Assalammualaikum

Masa-masa cuti ni anak-anak kita banyak masa.Elok kita bagi mereka permainan yang menimbulkan minat belajar..

Cuba anda layari web-web di bawah , mungkin berguna dan menarik untuk menimbulkan minat mereka kepada alam matematik...

a.  www.mathplayground.com

b. www.hoodamath.com

c. www.gamequarium.com/math.htm

Selamat mencoba semoga berfaedah

Wassalam - bersambung...

Mohamed

Fractions ( Sambungan ) - Darjah 6

Assalammualaikum

Kita sambung pecahan di peringkat Darjah 6

Kalau diteliti sukatannya di darjah 6 - hanya melibatkan + , - , x dan bahagi 3 'mixed numbers' .

Tengok semula di Buku Rujukan , dan coba ulangkaji soalan-soalan untuk test kepahaman

1. 4(1/8) + 2(3/8) + 1(3/8)

2. 6(7/10)  + 3(3/10) - 2(1/10)

3. 4(1/2) x 24

4. (1/2) / (2/3)

5. 2(1/4) / 6

Nota - Tanda bahagi tidak ada di key board komputer , jadi pakai simbol /.

Jawapan

1. 7(7/8)           2.  1(3/10)        3.  108           4.  3/4           5.  3/8

Nak soalan tambahan lihat buku rujukan.

Bersambung

Mohamed



Sejarah Matematik !

Assalammualaikum

Oh ya ..kita stop dulu ulangkaji Matematik untuk anak-anak..
Mari kita lihat U Tube - Sejarah Matematik...saya nak tulis tak berapa tau...jadi tengok U Tubelah



Kuliah lebih ilmiah lagi ..boleh tengok U  Tube berikut ni


Kuliah yang lebih panjang 



Semoga satu info bagus buat kita dan anak-anak kita ..berkenaan Sejarah Matematik - harap memotivasikan merekalah

Bersambung

Mohamed

Buat Peringatan & Renungan Untuk Anak-Anak...

Assalammualaikum

U Tube ni buat renungan kepada adik-adik jika tak beri perhatian pada matematik dari awal lagi..

Kalau tidak susah nak paham ..contohnya bila belajar macam tajuk di bawah ni di sekolah menengah..

Coba tengok





Jadi pastikan kuasi Matematik dari awal-awal...jadi apa yang penting :

" Kuasilah + , - , x dan bahagi bagi whole number , pecahan dan perpuluhan dari peringkat awal...Isha Allah ..akan mudah seterusnya ".

Bersambung

Mohamed

Sambungan - Pecahan ( Fractions) - Tahun 5

Assalammualaikum

Kalau kita perhatikan - tajuk fractions ni penting ..ia digunakan selalu kalau anak-anak belajar bab-bab lain.
Jadi elok anak-anak pahamkan betul-betul..kalau tidak - susah sikit nanti.

Kita sambung

Buat latihan dan ulangkaji soalan berikut

1. Arrange the following improper fractions in ascending order
a. 6/3 , 4/3 , 8/3
b. 7/5 , 6/5 , 9/5
2. Change 32/5 into a mixed number
3. Change 1(3/7) into an improper fraction
4. 2 + (2/9)
5. 3(1/5) + 2(2/5)
6. 3(4/7) - (1/7)
7. 5 - 1(1/4)
8. 3(1/6) - 1(4/6)
9. (3/7) x 742
10. (3/8) x 536

Soalan-soalan di atas kalau boleh jawab semua , rasanya anak-anak paham keseluruhan tajuk 'pecahan'
di peringkat Darjah 5.

Jawapan

1. a. 4/3, 6/3, 8/3         b. 6/5 , 7/5 , 9/5
2. 6(2/5)
3. 10/7
4. 2(2/9)
5. 5(3/5)
6. 3(3/7)
7. 3(3/4)
8. 1(1/2)
9. 318
10. 67

Ulangkaji pahamkan pecahan dengan Video di bawah




Bersambung

Mohamed




Thursday, December 12, 2013

Ulasan - Matematik UPSR ( Darjah 4)

Assalammualaikum

Dari pemerhatian saya pada sukatan pelajaran Matematik UPSR ( Darjah 4) topik-topik - whole number , fraction dan decimals sangat PENTING dikuasi agar topik-topik berikutnya dapat dikuasi dengan mudah dan cepat.

Percentage (%) - mula diajar di Darjah 5 UPSR.

Topik-topik berikutnya di Darjah 4 - money , time , length , mass , liquid volume , shape , space dan data handling.

Saya percaya - jika mereka bermasalah dalam 3 topik tu ..maka lambat dan susah menguasi topik berikutnya.

Itu pandangan saya.

Wassalam - bersambung

Mohamed


Tuesday, December 10, 2013

Percentage

Assalammualaikum

Kita sambung salah satu asas matematik yang penting - Percentage ( % ).

A percentage is a fraction with 100 as its denominator.Its symbol is %.

Untuk memahami coba tengok U Tube berkenaan topik ini.



Latihan

1.Write 15/100 as a percentage
2.Write 25 % as a fraction out of 100.
3. Convert 4/5 to a percentage
4. Convert 20 % to a fraction
5. Convert 42 % to a decimal
6. Convert 0.89 to a percentage

Jawapan

1. 15%      2. 25/100       3. 80%       4. 1/5        5.  0.42          6. 89 %

Sekian - Bersambung

Mohamed



Monday, December 9, 2013

Decimals

Assalammualaikum

Alhamdulilah - tengahari tadi dah selesai Site Meeting yang dihadiri oleh Consultant , Jurutera Perunding , Arkitek ,Kontraktor dan lain-lain lagi di tempat kerja ku...

Buat anak-anak , mesej yang Pak Cik nak sampaikan - tentu ada yang bercita-cita nak jadi Jurutera , Arkitek dan sebagainya.Jadi kenalah dan lulus dengan bagus Matematik kan ..jadi elok kita sambung pasal Matematik berkenaan 'decimals'.

1.Decimals is another way of representing values less than 1.
For example : 0.01 , 0.26 , 0.8 ..are decimals

2.Decimal are fractions of tenth,hundredths and so on

Example :

Fraction : 3/10 or three tenths
Decimal : 0.3 or zero point three

3. A mixed decimal consists of a whole number and a fraction
Example :

1.7  =     1        +      7/10  
           Whole        Fraction
           number

Seterusnya fahami topik ni dari Video ini.




Latihan

1. Convert the following fractions into decimals
a. 3/10
b. 7/100
c. 83/100
d. 4(9/100)

2. State the following decimals in words
a.  0.8
b.  0.29
c.  1.74
d.  56.01

Jawapan

1. a. 0.3              b. 0.07            c.  0.83            d. 4.09
2. a. Zero point eight
    b. Zero point two nine
    c. One point seven four
    d. Fifty-six point zero one.

Bagaimana + dan - bagi 'decimals ?

Maaf , masa terhad nak buat penerangan dan contoh-contohnya.Walaubagaimana pun coba dengar " Mat Salleh " ni bagi Tiusyen percuma !



OK , try check your understanding of this part by doing following questions 

1.  a.  0.7 + 0.4
     b.  5 + 0.8 + 0.9
     c.  2.4 + 3.1 + 15.8

2.  a. 0.8 - 0.3
     b. 7.2 - 4.1
     c.  5 - 3.6

Answers

1.  a. 1.1          b.  6.7           c. 21.3
2.  a. 0.5          b.  3.1           c.  1.4

Let us continue - How to do Multiplication and Division of decimals ? As usual let us see these Video ..




Coba soalan berikut

1. a.  2.8 x 3
    b.  3.45 x 6

2. a. 0.6 x 10
    b. 0.81 x 100
    c. 4.37 x 1000

3. a.  7.2 / 5
    b.  6.84 / 9

4. a. 7.2/10
    b. 10.8/10

Jawapan 

1. a. 8.4      b. 20.70        2.  a. 6       b.  81       c.  4370        3. a. 1.44       b.  0.76
4. a. 0.72    b. 1.08

Bersambung

Mohamed

------------------------------------------------------------------------------------------------
SUMBER PELBAGAI LATIHAN

Untuk Pelbagai Latihan Matematik Buat Anak-Anak Kita Layari Web Berikut :

1. http://www.math-exercises-for-kids.com/
2. www.math.com



Sunday, December 8, 2013

Fractions !

Assalammualaikum

Sebelum aku teruskan salah satu topik yang penting dan biasanya anak-anak kita ambil masa dan sukar untuk memahami , ingin aku menyatakan - masa untuk membuat blog ni agak terhad, paham-paham aje lah kerja 8 pagi - 6 ptg...., urusan keluarga dll.

Atas sebab itu kaedah ulangkaji yang saya cadangkan :

1. Nasihatkan anak - gunakan semula buku rujukan yang ada , tak de kenalah beli.
2. Jika tak paham - selain tengok contoh , dapatkan bantuan kawan , ibu/bapa dan sebagainya.
3. Untuk taipkan contoh-contoh ambil masa , jadi semampu saya.
4. Cumanya - saya ingin bantu dengan bahan-bahan dari pelbagai sumber ..dari dunia siber.Pendapat atau info dari cerdik pandai matematik dari mana-mana ajelah
5. Jadi 'kaedah' nya - pelbagi .Yang penting - Matlamatnya anak kita boleh menguasi Matematik dengan baik !
6. Bahasa yang digunakan - English dan BM - sambil memperbaiki Bahasa Inggeris anak-anak kitalah.

Aku pun pesan pada anakku - Hazim dan Faiz supaya kongsi dengan kawan-kawannya !Semoga dapat pahala.Amin !

Apa yang ingin aku buat ialah - " Menguruskan sumber info untuk belajar Matematik buat anak-anak "

Kita mula dengan tengok Video - pasal " Fractions "





Biasanya belajar dengan sesuatu yang bergerak agak menarikkan..menyeronokkan .Betul tak ?

OK ..Coba jawab soalan asas di bawah. Jika sudah tau ..tak payah buat !Cari soalan yang susah sikit....

1. Which fraction is greater , 4/7 or 6/7 ?
2. Which fraction is smaller, 1/6 or 1/8 ?
3. Write each of the following fractions in numerals.
a. Three over seven
b. Eight over nine
4. Write each of the following fractions in words
a. 3/5
b. 9/10
5. For each of the following pairs of fractions, determine the fraction with the greater value
a. 7/9 and 8/9
b. 2/7 and 5/7
6. Add the following fractions
a. 1/3 + 1/3
b. 1/8 + 5/8
c. 2/5 + 3/5
7. Add the following fractions
a. 1/2 + 1/4
b. 1/5 + 5/8
c. 2/5 + 3/5


Jawapannya

1. 6/7 is greater than 4/7
2. 1/8 is smaller than 1/6
3. a. 3/7
    b. 8/9
4. a. Three over five
    b. Nine over ten
5. a. 8/9
    b. 5/7. 
6. a. 2/3
    b. 6/8
    c. 5/8
7. a. 3/4
    b. 8/9
    c. 9/10

Bersambung.Wassalam

Mohamed



Saturday, December 7, 2013

Whole Numbers

Assalammualaikum

Apa itu ' Whole Numbers ' ?

Whole numbers are made of digits 0 , 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 and 9.

Mari kita tengok U-Tube berkenaan topik ini.


Sambil tu - harap anak-anak buka semula Buku Matematik berkenaan 'Whole Number '.

Langkah-Langkah Memahami 

1. Pahamkan definasi atau takrif ' whole numbers '
2. Coba buat latihan dari contoh yang diberikan
3. Kemudian buat soalan yang mudah-mudah dahulu.
4. Tidak dapat , coba tengok contoh atau tanya guru.
5. Jika paham soalan yang mudah-mudah , baru mula coba soalan yang susah sedikit.

Seterusnya

Anak-anak perlu memahami apa itu ' place value ' ( nilai tempat ) bagi sesuatu digit.

Coba pahamkan takrif atau definasinya dari buku rujukan atau layari web ini.

http://www.math.com/school/subject1/lessons/S1U1L1GL.html

Latihan

Soalan-soalan di bawah menyentuh sub topik yang penting bagi tajuk ini

1. Write the following numbers in numerals
a.Seven thousand and twenty-four.
b.Twenty-eight thousand two hundred and thirty-nine.

2. Determine the place value of each digit in the following numbers
a.  52 016
b. 12 743

3. Round off 32 762 to the nearest
a. ten
b. hundred
c. thousand

4. Find the sum of 8752 , 19230 and 25469

5. Find the result of each of the following
a.2463 x 3
b.572 x 24
c.1627 x 18

6. Do the following divisions
a. 2860 /4
b. 53542/15

7. Calculate
a. 27 + 72 - 68
b. 3470 - 1415 + 2069

Jawapan

1. a. 7024      b. 28239
2. a. The place value of 2 is thousands
    b. The place value of 4 is tens
3. a. 32760    b. 32800     c. 33000
4. 53451
5. a. 7389      b. 13728     c. 29286
6. a. 715        b.  3569 reminder(balance) 7
7. a. 31          b. 4124


Sekian - bersambung lagi akan datang

Mohamed
Tengganu

Sukatan Pelajaran Matematik - UPSR

Assalammualaikum

Sebagai langkah awal , elok kita tahu apa sukatan pelajaran dari darjah 4 hingga 6 (UPSR)

Dari buku rujukan yang aku pinjam dari perpustakkan K.Terengganu

Sukatan Matematik Untuk UPSR

Year 4
1. Whole Numbers
2. Fractions
3. Decimals
4. Money
5. Time
6. Length
7. Mass
8. Volume of Liquid
9. Shape and Space
10. Data handling

Year 5
1. Whole Numbers
2. Fractions
3. Decimals
4. Percentage
5. Money
6. Time
7. Length
8. Mass
9. Volume of Liquid
10. Shape and Space
11. Data Handling

Year 6
1. Whole Numbers
2. Fractions
3. Decimals
4. Percentage
5. Money
6. Time
7. Length
8. Mass
9. Volume and Space
10. Data Handling

Secara Ringkas - Asas Matematik yang mustahak untuk peringkat persekolahan seterusnya

1. Whole Numbers
2. Fractions
3. Decimals
4. Percentage
5. Time
6. Length
7. Mass
8. Volume of Liquid
9. Shape and Space
10. Money
11. Data Handling

Apa yang ingin aku sampaikan - ini lah ASAS yang perlu kita pastikan supaya murid dan anak-anak kita dapat memahami matematik dengan mudah diperingkat menengah terutamanya.
 
- Operasi +., - , x dan bahagi untuk 'whole number'.
- Pecahan
- Operasi + ,- , x dan bahagi nombor perpuluhan
- %
- Kefahaman asas panjang , jisim (mass), isipadu terutamanya kaedah pertukaran unit-unitnya.

Senarai ini untuk panduan kita memeriksa tahap kefahaman anak-anak kita.Topik apa yang lemah ?
Seterusnya memberi bimbingan latihan untuk memperbaikinya..


Wassalam
Mohamed
Tengganu

 

Friday, December 6, 2013

Pengetahuan Asas

Assalammualaikum

Hari ini sabtu .Tak kerja ! Sambung sikit pasal Matematik.

Dari pengalaman kita , semua tahu untuk selesaikan masalah harian selalunya memerlukan kita menggunakan kemahiran atau pengetahuan-pengetahuan lain.Begitulah dengan matematik -semangkin sukar atau tinggi tahap soalan atau topik yang dibuat semangkin banyak ilmu-ilmu lain diperlukan.

Contoh mudah nak paham - semua orang boleh terjun dari ketinggian 1m .Tapi bayangkan kalau kita nak terjun dari kapal terbang atau helikopter pada ketinggian 1500 m.Berapa banyak pengetahuan asas dan pengetahuan lain yang perlu di pelajari dan dipratikkan ?Samalah dengan Matematik....

Contoh lain dalam Matematik

Contoh 1 - Jika panjang padang 20 m dan lebar 4 m .Berapa keluasannya ?

Senangkan.

Contoh 2 - Jika panjang sebuah padang bersamaan 5 kali lebar padang .Berapa panjang padang itu jika keluasan padang  tersebut ialah 1000 meter persegi ?

Dari contoh ini - bayangkan kalau pelajar tidak tahu asas mengira bolehkah menjawabnya ?

Jadi "asas" pengetahuan matematik mesti dikuasi untuk dapat belajar dengan mudah diperingkat berikutnya

* Asas Matematik untuk peringkat SRP adalah apa yang dipelajari masa di sekolah rendah
* Asas Matematik untuk peringkat SPM adalah apa yang dipelajari di peringkat SRP.

Semoga berfaedah . pandangan ini buat anak-anak kita.

Wassalam

Mohamed





Pengalaman Belajar Matematik - SRP !

Assalammualaikum

Sebagai permulaan aku ingin mencatatkan pengalaman ku semasa belajar di peringkat SRP.

Seingat aku ketika itu aku lemah matematik...diperingkat belajar Mat di tingkatan satu..Nasib baik masa tu ada kesedaran nak berjaya,..masa tu aku teringat satu perkara - nak lulus SRP , mesti lulus juga Matematik !

Pada ketika itu matapelajaran matematik di panggil "Ilmu Hisab ".

Mengenangkan takut gagal - apa yang teringat aku buat ialah

1. Boleh katakan tiap hari buat Matematik
2. Buat latihan matematik dari soalan yang senang-senang dulu...
3. Agak mahir atau boleh menjawab yang senang-senang , baru aku mulakan soalan yang agak susah atau yang ambil masa untuk selesaikan.
4. Apabila tidak betul jawapannya , aku coba sekali lagi.Tak dapat juga - buat soalan lain.Kenapa begini ? Untuk elakkan kecewa selalu.. Bila jawap betul dengan soalan yang senang..akan menimbulkan keseronokan dan keyakinan menjawab.

Pada ketika itu tiada Tiusyen , tinggal di kampong ..paham-paham ajelah ..sekitar tahun 1970 ....Tak de tempat untuk bertanya kecualilah di sekolah !. Belajar masa tu pakai lampu minyak tanah..seorang ..seorang belajar.

Alhamdulilah , akhirnya dalam peperiksaan SRP tu Matematik lulus dengan memuaskan.Ini bukan nak menunjuk-nunjuk , sekadar kisah benar buat "motivasi" anak-anak kita yang tentunya disayangi...

Semoga cara aku belajar masa dulu-dulu tu - boleh buat panduan !

Semoga bersambung lagi.Oh ye ...ada U Tube bagus berkenaan belajar Matematik.Selamat Menonton !



Selamat Malam.

Wassalam

Mohamed

Thursday, December 5, 2013

Pendahuluan

Assalammualaikum

Terima kasih kerana sudi melayari blog ini.

Terfikir aku untuk membuat satu blog berkenaan Matematik , ianya terpanggil untuk membuatnya setelah mencoba membuat beberapa soalan Matematik walaupun telah lama tidak membuatnya ....

Lagi pun sekarang kita tahu banyak kemudahan - maklumat bantuan dari Internet ...lagi pun baru jadi Ahli Perpustakaan Kuala Terengganu...boleh pinjam 4 buku sebulan .Terima Kasih !

Sambil-sambil tu buat ulangkaji manalah tau boleh buat tiusyen nanti ...contohnya masa pencen ke...

Harap-harap ada idea atau info yang berfaedah buat ' anak-anak' kita.Matlamatnya adalah untuk anak-anak kita yang masih di bangku sekolah yang memerlukan bimbingan dari kita...

Bukanlah bermakna aku pakar cuma ada ' keyakinan buat ' .Itu aje.kalau ada kesilapan atau idea dari anda - harap beritahulah.

Sebagai permulaan pemerhatian ku adalah - melihat sukatan pelajaran Matematik Sekolah Rendah.

Kenapa gitu ? Dalam apa pun  ' asas ' kena mahir atau betul-betul dikuasi oleh anak-anak kita.Bayangkan kalau matapelajaran asas seperti + , - , x dan bahagi tak tau...macam manalah nak paham bab-bab berikutnya di tingkatan 1 , 2 dan 3.

Secara ringkas idea ku sekadar - " Menguruskan pelbagai maklumat Matematik dari pelbagai sumber untuk anak-anak kita yang disayangi".  

Sekian untuk kali ini semoga bersambung

Wassalam

Mohamed